Mazda CX-60 2023 lulus ujian pengelakan rusa Moose km77.com

oleh Mohamad Hanif|
Sesebuah SUV famili yang baik bukanlah sekadar menawarkan pakej keselesaan, praktikal dan padat dengan ciri keselamatan yang menyeluruh, akan tetapi ia juga perlulah mempunyai kadar pengendalian yang meyakinkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jadi, sudah pasti peminat Mazda tertanya-tanya bagaimana pula dengan prestasi Mazda CX-60 - SUV pacuan roda belakang moden pertama daripada pengeluar Jepun itu?

Laman km77.com yang sangat terkenal dengan ujian pengelakan rusa Moose telah pun selesai menilai Mazda CX-60 2023 yang dilengkapi dengan nadi diesel enam silinder sebaris 3.3 liter menghasilkan 254 hp.
 

cx-60


Model yang dinilai itu turut dipadankan dengan rim bersaiz 20 inci dengan balutan getah Toyo Proxes Sport.

Berdasarkan ujian yang dibuat, Mazda CX-60 berjaya dipandu mengelak halangan yang ditetapkan tanpa melanggar walau sebuah kon dengan kelajuan 77 km/j - satu hasil yang impresif untuk sebuah SUV yang besar dan berat.

Namun, pemandu uji mendapati penukaran gear CX-60 tidaklah terlalu tangkas, dan sukar untuk menafikan SUV ini sememangnya berat saat memegang stereng.

Di Eropah, Mazda CX-60 2023 berdepan dengan pencabar seperti Audi Q5, Mercedes-Benz GLC dan juga BMW X3.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut bos Mazda Eropah, Martijn ten Brink memberitahu laman Automotive News Europe, Mazda bakal…
Berita Global
Apabila ditanya mengenai generasi baharu model tersebut, pengurus program bagi model Mazda CX-5,…
Berita Global
Melihatkan kepada peluang itu, syarikat penala AutoExe kini menawarkan pakej kit badan untuk SUV…