AutoExe tawar kit badan sporti untuk Mazda CX-60

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada pasaran Eropah, Mazda CX-60 2022 juga turut ditawarkan secara rasmi di pasaran Jepun, dan tidak lengkap penawaran model baharu di negara Matahari Terbit itu tanpa kehadiran opsyen kit badan yang sporti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melihatkan kepada peluang itu, syarikat penala AutoExe kini menawarkan pakej kit badan untuk SUV Mazda CX-60 bagi menjadikan rupa paras yang lebih agresif, selain memberikan laluan kepada pakej yang lebih menyeluruh seperti suspensi, brek, sistem kemasukan dan ekzos yang dijadualkan kelak.
 

CX-60


Kit badan AutoExe ini merangkumi pemasangan splitter hadapan dengan sirip di bahagian sisi, visor aerodinamik di bahagian sisi, spoiler besar di bahagian belakang di atas spoiler sedia ada, penambahan liang udara palsu, serta diffuser hiasan dengan empat tip ekzos.

Kit badan ini boleh dibeli dalam satu pakej menyeluruh ataupun berasingan, di mana harga jualan adalah seperti berikut:

  • splitter -  ¥90,200 (RM2,937)
  • visor tingkap - ¥33,000 (RM1,075)
  • sayap belakang - ¥90,200 (RM2,937)
  • diffuser - ¥82,500 (RM2,686)
  • trim liang udara belakang - ¥68,200 (RM2,221)

 

CX-60


Menurut laman web AutoExe, tip ekzos untuk Mazda CX-60 ini masih lagi dalam pembangunan dengan harga jualan yang akan diumumkan kemudian beserta dengan naiktaraf terhadap aspek mekanikal SUV ini.

Baca: Mazda CX-60 pasaran Jepun

Baca: Mazda CX-60 - SUV platform pacuan roda belakang

Baca: Empat Kaedah Mazda Buat Dalaman CX-60

Baca: Warna khas Rhodium White untuk CX-60

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jadi, sudah pasti peminat Mazda tertanya-tanya bagaimana pula dengan prestasi Mazda CX-60 - SUV…
Berita Global
Menurut bos Mazda Eropah, Martijn ten Brink memberitahu laman Automotive News Europe, Mazda bakal…
Berita Global
Apabila ditanya mengenai generasi baharu model tersebut, pengurus program bagi model Mazda CX-5,…