Mazda CX-30 2020 - bermula dari RM146k, varian baharu petrol AWD

oleh Mohamad Hanif|
Untuk tahun 2020, Mazda Malaysia telah memperkemaskan penawaran crossover kompak Mazda CX-30 dengan penambahan varian baharu 2.0L Skyactiv-G AWD.
Modenas

Seperti nama yang tertera, varian baharu ini hadir dengan sistem pacuan semua roda i-ACTIV yang mampu memantau keadaan jalan dalam masa nyata, serta mengesan variasi kecil kelajuan roda yang tidak dapat dikesan oleh pemandu.

Dengan kawalan pengagihan daya kilas yang proaktif, sistem ini mampu memberikan pengendalian yang cemerlang untuk apa jua keadaan jalan tanpa menyebabkan pergerakan yang tidak diperlukan.

Sistem i-ACTIV AWD juga dilengkapi dengan sistem Bantuan Cengkaman Off-road (Off-road Traction Assist) yang mampu mengagihkan daya pemanduan kepada keempat-empat tayar bagi memaksimumkan daya cengkaman.

 


Selain daripada itu, enjin yang digunakan adalah sama seperti varian petrol yang lain, iaitu Skyactiv-G 2.0 liter yang mampu menghasilkan 162 kuasa kuda dan 213 Nm daya kilas yang dipadankan dengan sistem transmisi automatik enam kelajuan.

Kemaskini yang dibawakan pada kesemua varian petrol termasuklah sistem kemasukan tanpa kunci Mazda Advanced Keyless, serta ciri Walk Away Lock untuk kemudahan seharian.

Mazda CX-30 masih lagi merupakan unit CBU yang diimport sepenuhnya dari Jepun, dan membawakan sehingga lapan warna pilihan termasuklah Soul Red Crystal, Machine Gray, Jet Black, Deep Crystal Blue, Sonic Silver, Snowflake White Pearl, Titanium Flash dan Polymetal Gray Metallic.

 


Harga jualan pula bermula dari RM145,759.00 untuk varian asas 2.0L Skyactiv-G 2WD, manakala versi AWD HIGH pula dijual pada harga RM176,059.00.

Setiap kenderaan baharu Mazda didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau jarak perbatuan 100,000 km (yang mana terdahulu), serta servis penyelenggaraan percuma 5 tahun yang merangkumi kos buruh, alat ganti dan pelincir.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan kesinambungan daripada pengenalan Mazda CX-30 2.5S yang hadir dengan enjin 2.5 liter…
Berita Global
Laporan ini diperkuatkan lagi dengan berita rasmi dari Mazda di mana syarikat yang terkenal dengan…
Berita Global
Ia sebenarnya bukanlah pengenalan terhadap nadi baharu, memandangkan kesemua varian CX-30 yang…