Mazda perkenal nadi mild-hybrid e-Skyactiv X di UK, 183 hp/240 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak banyak pasaran yang menerima penawaran nadi Skyactiv-X yang lebih berteknologi tinggi itu, dan di pasaran Eropah di mana penggunaan enjin konvensional sudah pun semakin pupus, Mazda telah memperkemaskan penawaran model di UK dengan pengenalan nadi mild-hybrid.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemaskini terbaharu yang dinamakan sebagai e-Skyactiv X ini bakal membuat kemunculan menerusi model Mazda3 2021 dan Mazda CX-30 2021 yang menjanjikan kurang pelepasan CO2, dan lebih jimat bahan api.

Unit enjin e-Skyactiv X ini menampilkan nisbah mampatan yang lebih rendah daripada 16.3:1 kepada 15.0:1, kawalan pembakaran yang lebih dioptimasikan, omboh serta camshaft kemasukan yang diubahsuai, serta perisian mild-hybrid yang dinaiktaraf.

Dengan perubahan di atas, enjin e-Skyactiv X ini mampu menghasilkan 183 kuasa kuda dan daya kilas 240 Nm, peningkatan sebanyak 6 hp dan 16 Nm daripada angka output terdahulu.

Peningkatan kuasa tersebut turut disekalikan dengan pengurangan pelepasan emisi CO2, selain menawarkan penjimatan bahan api yang lebih baik berbanding enjin Skyactiv-X yang terdahulu.

Model yang pertama bakal menikmati trenkuasa mild-hybrid ini adalah Mazda CX-30 2021 yang bakal tiba di pengedar UK bulan ini, manakala model Mazda3 pula akan menyusul pada bulan April nanti.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut laporan rakan media Paultan, model hibrid pertama itu merupakan SUV tiga baris tempat…
Berita Global
Untuk model semasa yang masih lagi wujud di pasaran tertentu, Peugeot telah mengemaskini penawaran…
Berita Domestik
Dari segi kuasa, Volvo XC90 B5 ini tampil dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter yang mampu…