Mazda 2 2023 facelift rasmi di Thailand - 5 varian, 2 pilihan enjin, pilihan hatchback dan sedan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah diperkenalkan pada Januari lepas, pasaran Thailand kini secara rasmi menerima Mazda 2 2023 versi facelift yang ditawarkan dengan kedua-dua bentuk badan iaitu sedan dan hatchback.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mazda 2 2023 versi facelift pasaran Thailand menerima 2 pilihan enjin, iaitu Skyactiv-G 1.3 liter NA yang menghasilkan 91 HP dan 123 Nm, serta enjin 1.5 liter turbo diesel yang menghasilkan 103 HP dan 250 Nm.

 

2

 

Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan, dimana kedua-dua enjin tersebut ditawarkan pada 5 varian untuk kedua-dua sedan dan hatchback.

Berikut merupakan varian dan harga Mazda 2 2023 untuk pasaran Thailand:

  •  1.3 C / 1.3 C Sport: THB599,000 (RM79,272)
  •  1.3 S / 1.3 S Sports: THB680,000 (RM89,992)
  •  1.3 SP / 1.3 SP Sports : THB730,000 (RM96,609)
  •  1.5 XD / 1.5 XD Sports : THB720,000 (RM95,286)
  •  1.5 XDL / 1.5 XDL Sports : THB830,000 (RM109,843)

Bagi versi hatchback pula, ia turut ditawarkan dengan dua edisi istimewa iaitu Rookie Drive dan Clap Pop dengan penggayaan unik tersendiri, dimana ia diasaskan dari varian 1.3 C.

 

3

 

Dua edisi istimewa itu ditawarkan pada harga THB662,000 (RM87,610) untuk Rookie Drive, dan THB647,000 (RM85,625) untuk Clap Pop.

Dari segi luaran, antara perubahan ketara yang dibawakan pada Mazda 2 2023 versi facelift itu ialah 2 rekaan muka hadapan baharu.

 

4

 

Rekaan bumper baharu kini didatangkan dengan dua gaya jeriji, iaitu rekaan bumper lebih ringkas dengan jeriji kecil, memberikan rupa seakan sebuah EV, serta rekaan bumper bersama jeriji besar bercorak honeycomb.

Pada bahagian dalaman pula, hanya sedikit perubahan yang dibawakan, antaranya skrin infotainment bersaiz 8 inci bersama sistem Mazda Connect, serta fungsi Apple CarPlay dan Android Auto.

 

5

 

Suumber: headlightmag

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari segi luaran, antara perubahan ketara yang dibawakan pada Mazda 2 2023 versi facelift itu ialah…