Mazda 2 2023 facelift rasmi untuk pasaran Malaysia - Harga bermula dari RM108,670

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pengedar rasmi Mazda di Malaysia, Bermaz Motor telah mengumumkan pelancaran bagi model Mazda 2 2023 facelift yang didatangkan dengan beberapa kemas kini baharu, tersedia untuk kedua-dua bentuk badan sedan dan hatchback.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi luaran, antara perubahan ketara yang dibawakan pada Mazda 2 2023 versi facelift itu ialah rekaan muka hadapan serba baharu.

Penampilan baharu itu menampilkan rekaan jeriji besar bercorak honeycomb, memberikannya rupa yang lebih sporty dan kemas.

 

2

 

Melengkapkan lagi rupa sporti, Mazda 2 versi facelift itu turut dikemas kini dengan penawaran rim aloi hitam dan krom bersaiz 16 inci.

Pada bahagian dalaman pula, kebanyakan kelengkapan masih kekal sama, di mana ia kini datang dengan tambahan tempat duduk yang dibaluti kulit berwarna hitam bersama jahitan merah, serta trim papan pemuka berwarna hitam.

Tidak seperti pasaran Thailand, skrin infotainment masih dikekalkan bersaiz 7 inci, lengkap bersama fungsi Apple CarPlay dan Android Auto.

 

3

 

Dari segi kuasa, ia masih mengekalkan penggunaan nadi 1.5 liter dipadankan bersama transmisi automatik 6 kelajuan, menghasilkan 114 HP dan 149 Nm.

Untuk pasaran Malaysia, Mazda 2 2023 facelift ditawarkan dengan 6 warna, iaitu Snowflake White Pearl, Soul Red Crystal, Platinum Quartz, Polymetal Grey, AirStream Blue (varian Hatchback sahaja) dan warna yang baru ditambah Aero Grey (varian Sedan sahaja).

Hadir sebagai unit CBU dari Thailand, Mazda 2 2023 ditawarkan dengan harga bermula dari RM 108,670, di mana ia ditawarkan bersama Waranti Pengeluar 5 tahun dan Penyelenggaraan Percuma 5 tahun atau perbatuan 100,000 km.

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Domestik
Perubahan yang dibawakan termasuklah unit lampu LED hadapan yang lebih nipis, grafik LED DRL…
Berita Global
Model yang dijual di pasaran Jepun, China, Oceania dan Asia Tenggara itu dijangka akan digantikan…