MAVCOM arah syarikat penerbangan pertingkat pengurusan gangguan sempena musim perayaan

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang Tahun Baharu Cina, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah meluluskan 291 penerbangan tambahan untuk tempoh 18 hingga 31 Januari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah tersebut dibuat  bagi memenuhi permintaan perjalanan dan menangani isu tambang penerbangan yang tinggi semasa tempoh perayaan itu.

Sehubungan dengan itu, semua syarikat penerbangan diarah untuk mempertingkatkan pengurusan gangguan penerbangan serta-merta sebagai persediaan jangkaan peningkatan kapasiti penerbangan dan trafik penumpang semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dalam satu kenyataan menggesa syarikat penerbangan supaya menyelesaikan isu dialami oleh penumpang berikutan gangguan penerbangan yang berlaku baru-baru ini.
 

batik air


MAVCOM turut mengingatkan syarikat penerbangan terhadap kewajipan mereka kepada pengguna di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC).

“Walaupun syarikat penerbangan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) untuk mengendalikan gangguan penerbangan, pengurusan gangguan itu perlu diperkukuhkan lagi dan memerlukan perhatian segera.

“Oleh itu, keperluan baharu berkenaan bertujuan menangani kebimbangan orang ramai mengenai pengurusan pengendalian penundaan dan pembatalan penerbangan oleh syarikat penerbangan terutamanya semasa musim cuti perayaan, berikutan jangkaan peningkatan perjalanan udara,” menurut kenyataan itu.
 

air asia


MAVCOM juga mengarahkan syarikat penerbangan untuk mengerahkan Pasukan Pengendali Penundaan bagi penerbangan yang ditunda selama dua jam atau lebih dan kakitangan syarikat penerbangan terlibat mesti diberi kuasa untuk bertindak dan harus membantu pengguna di semua lapangan terbang.

“Obligasi ini bertujuan menambah baik komunikasi kepada penumpang serta menyediakan penjagaan dan keperluan seperti yang digariskan dalam MACPC,” menurut kenyataan itu.

Untuk tahun 2023, pihak suruhanjaya telah meluluskan 33.5 peratus penambahan penerbangan domestik berbanding musim perayaan Tahun Baharu Cina 2022.

Laluan antara Sabah dan Sarawak mempunyai kadar penerbangan tambahan tertinggi, iaitu 205.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut KPDN, perkara berkenaan sudah dikuatkuasakan pada 1 Mac 2016 melalui Akta Perlindungan…