Tribunal Tuntutan Pengguna 'tak campur' isu aduan syarikat penerbangan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Pertikaian berkaitan perkhidmatan syarikat penerbangan adalah di luar bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).


KPDN menerusi kenyataan semalam, memaklumkan perkara itu perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut KPDN, perkara berkenaan sudah dikuatkuasakan pada 1 Mac 2016 melalui Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2015, Akta A1498, Seksyen 99(1)(c) yang dipinda dengan memasukkan Seksyen 99(1)(ca).

"Ia memperuntukkan bahawa apa-apa isu pertikaian berkaitan dengan perkhidmatan mana-mana syarikat penerbangan hendaklah dirujuk kepada Mavcom," menurut kenyataan itu tadi.

Kenyataan itu sebagai maklum balas kepada aduan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mengenai perkhidmatan pengangkutan udara terutama berkenaan harga, pertukaran jadual dan pembatalan penerbangan seperti yang dilaporkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan pada 16 April.

"Bagaimanapun, segala aduan yang kementerian terima selama ini dimajukan kepada Mavcom untuk tindakan selanjutnya," menurut KPDN.

Pengguna disaran menyimpan atau merakam semua transaksi apabila berhubung dengan syarikat penerbangan dan membuat aduan terus kepada Mavcom berserta bahan bukti, melalui pautan https://flysmart.my/en/make-a-complaint/ atau e-mel kepada [email protected].

 

 

Harian Metro