'Mat Rempit' bakal jadi pasukan ambulans motosikal Melaka

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka sedang pertimbang untuk melantik ‘mat rempit’ sebagai ambulans motosikal agar kumpulan itu boleh membawa manfaat kepada masyarakat.


Perkara itu disampaikan Pegawai Korporat Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (CDF) Melaka, Kol (PA) Mike Thein. Jelasnya, kertas kerja untuk merekrut kumpulan tersebut telah pun berjalan dan akan menjalani peringkat kajian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Tambah Mike Thein, selain daripada kumpulan tersebut boleh berada di lokasi kejadian lebih cepat, mereka juga akan membawa peralatan menyelamatkan nyawa.

“Saya berhasrat untuk memberi peluang kepada kumpulan itu untuk menjadikan mereka sukarelawan untuk tujuan murni dan mencadangkan butiran ini dalam kertas kerja saya,” jelasnya. 

Dalam pada itu, pihaknya juga merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan kecemasan dua roda melibatkan motosikal dan basikal di kawasan tumpuan pelancong bagi memastikan tindak balas yang lebih pantas dalam situasi kecemasan dan terdapat enam sukarelawan dalam setiap pasukan.

Beliau berkata penubuhan pasukan itu akan berdasarkan nasihat daripada jabatan berkaitan dan matlamatnya adalah untuk mengurangkan masa tindak balas di kawasan sibuk dan kawasan dilanda banjir.

Thein juga berkata bahawa berpuluh-puluh sukarelawan CDF dan juga orang luar telah dilatih dalam teknik menyelamat dalam air.

Beliau berkata latihan itu bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir dan bencana alam lain.Thein berkata latihan akan diketuai oleh Seafarer Explorer di Klebang di Melaka sebelum menggabungkan modul CDF.

“Kami juga berharap agar kerajaan negeri dapat memberi bantuan dan memperuntukkan tapak di sepanjang pantai sebagai hab menyelamat laut dan menempatkan bot penyelamat kami,” tambahnya.

 

 

The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebelum itu, video klip memaparkan aksi mereka meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri…
Berita Domestik
Kesemua penunggang motosikal itu ditahan dalam operasi kira-kira jam 3 pagi yang dijalankan…