Masalah dengan botol plastik? Ford kitar semula untuk jadikan karpet

oleh Muhammad Md Tajudin|
Negara kita sekarang ini boleh diibaratkan sedang dilanda demam beg plastik selepas pihak berkuasa mengharamkan penggunaannya.

Namun tidak semua diharamkan kerana beg plastik jenis biodegradasi dibenarkan kerana sifatnya yang lebih mesra alam. Selepas beg plastik, sasaran baharu ialah penyedut minuman pula.

Satu lagi objek perlu diberi perhatian ialah botol plastik yang turut digunakan secara besar-besaran. Walaupun begitu, botol plastik lebih mudah dikawal kerana ia mempunyai nilai apabila dihantar ke pusat jualan kitar semula.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ford EcoSport

 

Di antara pengeluar yang memanfaatkan teknologi kitar semula ialah Ford dengan menggunakan karpet yang diperbuat daripada botol minuman plastik.

Sejak Ford melancarkan EcoSport pada tahun 2012, lebih daripada 650 juta botol kitar semula dengan saiz 500 milimeter digunakan untuk model SUV kompak tersebut.

Jumlah botol plastik yang digunakan dianggarkan seberat 8,262 tan metrik dan jika disambung dari hujung ke hujung adalah bersamaan lebih dua kali jarak pusingan dunia.

Ini bukan insiatif baharu kerana lebih 20 tahun dulu Ford pertama kali menggunakan plastik kitar semula untuk Mondeo dan sekarang Ford mengitar semula 1.2 bilion botol setiap tahun.

 

Ford EcoSport

 

Berikut ialah kaedah mengitar semula plastik kepada karpet kereta:

  • Pertama sekali botol dan penutup plastik diceraikan kepada kepingan kecil
  • Kepingan tersebut dipanaskan kepada 260 darjah selsius dan dicairkan sebelum dibentuk kepada helaian dengan lebar seperti rambut manusia
  • Helaian tersebut kemudian dipintal dengan beberapa seratan lain untuk membentuk satu bahan 
  • Bahan tersebut disulam menjadi karpet

Idea ini begitu inovatif dalam memelihara alam sekitar dan perlu diperhebatkan lagi sehingga menjadi undang-undang yang wajib dipatuhi di serata dunia. 

Di Eropah secara keseluruhan hanya 30 peratus sisa plastik dikitar semula.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…