Mangsa kebakaran terima bantuan daripada Persatuan Trak Tunda dan Pengangkut Kereta 1Malaysia (1MTTCC)

oleh Mohamad Hanif|
Nasib keluarga dari Kampung Pasir Putih di sini, yang hilang tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran pada 11 Januari lalu terbela selepas mereka menerima sumbangan hasil kutipan derma rakan-rakan Persatuan Trak tunda dan Pengangkut kereta 1Malaysia [1mttcc] Cawangan Sabah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain itu, keluarga yang turut terjejas selepas rumah mereka rosak akibat kejadian kebakaran itu turut menerima sumbangan.

Sumbangan hasil kutipan orang ramai berjumlah RM3,100 telah digunakan untuk membeli makanan dan pakaian itu disampaikan oleh Ahli RESCUE TEAM TOWING SABAHAN kepada keluarga terbabit baru-baru ini.

TOM TOWING AHLI 1MTTCC ID S092 berkata, bantuan berke­naan diberikan kepada mangsa terbabit bagi meringankan beban mereka.
 


“Saya berterima kepada ma­syarakat yang membantu. ini membuktikan tidak kira kaum, agama mahupun fahaman politik, apabila melibatkan bencana dan kesusahan, rakyat akan prihatin serta tampil memberi bantuan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan itu.

"Kita bukti kan pada masyarakat kita towing mampu tolong orang juga. Ini membuktikan pengusaha dan pemandu lebih dekat dengan masyarakat," katanya lagi. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Careta sendiri sering mencari-cari statistik dan data-data berkaitan kebakaran kenderaan dan selalu…
Berita Global
105 orang turut dilaporkan cedera akibat kebakaran tersebut, di mana 13 daripada yang cedera adalah…
Berita Global
Odunlami berkata siasatan polis mengesahkan mangsa sedang "mencedok bahan api dari lori tangki"…