'Mana Kim Jong-Un beli Maybach S600 Pullman Guard?' - Daimler

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Associated Press, jurucakap Daimler Silke Mockert hairan kenapa model Mercedes-Maybach S600 Pullman Guard berada di tangan Presiden Korea Utara. 

Ini kerana, menurut beliau, Korea Utara bukanlah salah satu daripada senarai pelanggan Daimler di seluruh dunia. 

Daimler sudah lama tidak menjual sebarang produk berkaitan termasukah limosin mewah ke North Korea sejak daripada 15 tahun yang lalu, mengikut tetapan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Walaubagaimanapun, Mockert tidak menolak kemungkinan bahawa model yang menjadi kenderaan rasmi tersebut dijual oleh pihak ketiga dan itu "di luar daripada kawalan dan tanggungjawab kami."

Sebagai sebuah kereta rasmi, Mercedes-Maybach S600 Pullman Guard didatangkan dengan enjin 5,980 cc bentangan V12 bi-turbo yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 530 PS dan 830 Nm. 

Terbaharu, Presiden Korea Utara dilihat menggunakan jentera tersebut dalam sesi perjumpaan bersama Presiden Russia, Vladimir Putin. 

 

Sumber: Associated Press

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…