MAM sambut baik pembukaan sektor permotoran di bawah SOP baru

oleh Mohamad Hanif|
Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) menyambut baik pengumuman oleh Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato 'Sri Reezal Merican Naina Merican di dalam usaha untuk membuka semula sektor sukan dan rekreasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Mahathir menyokong penuh pengumuman yang dianggap tepat pada masanya dan memberi dorongan kepada industri sukan permotoran di Malaysia yang tergendala sejak pelaksanaan PKP 2.0.

"Kami berharap pihak Majlis Keselamatan Nasional (MKN) dapat memberi pertimbangan yang menyeluruh dan menyenaraikan sukan permotoran sebagai salah satu kategori sukan yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP 2.0.

"Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Industri sukan permotoran beroperasi di kawasan terbuka di bawah garis panduan (SOP) yang ketat.

"Kami berharap MKN melihat sukan permotoran seperti sukan lain yang akan dibenarkan beroperasi berdasarkan garis panduan baru yang diberikan," kata Tan Sri Mokhzani.
 


Industri sukan permotoran, tidak terkecuali seperti sukan dan perniagaan lain yang terkesan dengan pandemik COVID-19 pada tahun 2020 dimana banyak perlumbaan terpaksa dibatalkan.

Tan Sri Mokhzani menambah bahawa jika pembukaan aktiviti sukan permotoran terus dilarang, ianya bukan sahaja memberi impak negatif khususnya kewangan kepada penggiat industri malah membantutkan pembangunan akar umbi sukan permotoran di negara ini.

"Pihak MAM berharap MKN akan membenarkan sukan permotoran dijalankan seperti sukan yang lain semasa PKP 2.0," tambah Tan Sri Mokhzani.

"MAM akan memastikan bahawa kejohanan sukan permotoran mematuhi garis panduan baru yang ditetapkan oleh pihak Kementerian, dan kita bersama-sama menangani bagi memutuskan penularan rantaian wabak COVID-19.

Berita Berkenaan

Informasi
Mokhzani berkata, untuk tugas berkenaan pihaknya menjangkakan seramai 400 tenaga kerja akan dibawa…
Berita Domestik
Ia akan mengembalikan memori ketika pelumba rali Malaysia, Karamjit Singh yang mencipta sejarah…
Sukan Bermotor
Selain itu, UWM Toyota juga giat dalam menyumbang kepada pembangunan bakat muda di dalam sukan…