Malaysia, Singapura bincang iktiraf cukai jalan digital, lesen memandu bersama

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Malaysia dan Singapura mengadakan perbincangan mengenai dasar membolehkan pengiktirafan bersama cukai jalan digital dan lesen memandu untuk kemudahan rakyat kedua-dua negara.

Perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke semasa mengadakan bertemu dengan rakan sejawatannya, Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat, pada Selasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kami membincangkan beberapa isu dua hala utama di bawah portfolio masing-masing termasuk dasar untuk membolehkan pengiktirafan bersama cukai jalan digital dan lesen memandu untuk kemudahan rakyat Malaysia dan Singapura.

"Terima kasih Hong Tat dan pasukannya yang cemerlang kerana melayan saya di Lapangan Terbang Changi," katanya dalam kenyataan yang dikongsi di akaun media sosial beliau, pada Selasa.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, JSPT telah melaksanakan arahan kerajaan berkaitan cukai jalan dan lesen memandu…
Informasi
Menurutnya, menerusi inisiatif pendigitalan berkenaan, pihaknya turut menggunakan alat Smart…