Malaysia Commercial Vehicle Exhibition kali kelima 21-23 Oktober ini

oleh Mohamad Hanif|
Asian Trucker Media selaku penganjur acara pameran Malaysia Commercial Vehicle Exhibition (MCVE) mengumumkan mereka akan kembali menganjurkan pameran MCVE kali kelima pada 21-23 Oktober ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan barisan pempamer yang kuat, acara pameran yang diadakan setiap dua tahun itu bakal berlangsung di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC) The Mines, dan menampilkan pelbagai jenis program yang telah diatur bertepatan dengan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Menurut Stefan Pertz, penganjur MCVE menjelaskan, "Setiap dua tahun, kami akan merombak semula program untuk menawarkan pengalaman yang unik, dan selaras dengan industri yang semakin bergerak ke hadapan.

"Pulangan pelaburan adalah penting buat para pempamer kami, dan usaha kami dilihat selari dengan cita-cita mereka," tambah beliau lagi.

 


Kesan daripada pandemik mengakibatkan banyak jenama tidak dapat mempamerkan produk serta perkhidmatan baharu kepada pelanggan, dan Pertz percaya mereka kini mencari satu platform yang sesuai, seperti MCVE.

Untuk tahun ini, senarai pempamer telah pun mengesahkan penyertaan termasuklah penyertaan buat kali pertama, serta jenama yang sebelum ini menjadi sebahagian daripada acara MCVE yang terdahulu.

"Kami percaya acara kali ini bakal menjadi landasan pelancaran untuk pelbagai jenis produk yang menunggu masa untuk diketengahkan, dan ia boleh dipamerkan di peringkat global menerusi pendekatan moden jika perjalanan antarabangsa masih lagi tidak dibenarkan pada Oktober ini," ujar Pertz.

Tempahan untuk ruang pameran kini dibuka sehingga sebelum tarikh acara berlangsung, dan kemaskini boleh didapati menerusi laman web www.mcve.com.my.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan fokus disasarkan kepada masa hadapan arena pengangkutan di Malaysia, khususnya bidang…