Malaysia Commercial Vehicle Expo (MCVE) sentuh aspek masa depan pengangkutan Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Dengan fokus disasarkan kepada masa hadapan arena pengangkutan di Malaysia, khususnya bidang komersil dan logistik, acara Malaysia Commercial Vehicle Expo (MCVE) akan berlangsung pada bulan Jun 2019 ini.

Bertempat di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC) Seri Kembangan, Selangor, acara dua tahun sekali yang memasuki kali keempat ini bakal mempamerkan kira-kira 70 buah syarikat dan pengendali industri komersil dalam dan luar negara. 

Ia terbuka kepada umum dan yuran kemasukan pula adalah percuma. 
 


Acara MCVE ini turut mendapat sokongan daripada beberapa agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcve.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Urusan MAN Malaysia Andrew O Brooks berkongsi” Kami teruja menyertai MCVE 2022 dan telah…
Berita Domestik
Dengan barisan pempamer yang kuat, acara pameran yang diadakan setiap dua tahun itu bakal…
Berita Domestik
Ekspo terbesar kenderaan-kenderaan komersil di Asia Tenggara, Malaysia Commercial Vehicle Expo 2019…