Malaysia Airlines tawar diskaun 31 peratus bulan Merdeka

oleh SALINA JALIL|
Malaysia Airlines menawarkan diskaun sehingga 31 peratus bagi semua kategori tambangnya ke semua destinasi domestik dan antarabangsa terpilih bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan berkuat kuasa serta-merta sehingga 29 Ogos bagi perjalanan sehingga 12 April 2023.


Syarikat penerbangan nasional itu dalam satu kenyataan berkata, selain diskaun tambang, pelanggan boleh menikmati percutian apabila menempah pakej percutian melalui cabang operasi pelancongan Malaysia Airlines, MHholidays.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

 

"Berkuat kuasa serta-merta sehingga 31 Ogos, pelanggan boleh jimat sehingga 20 peratus bagi penerbangan dan pakej hotel ke semua destinasi domestik, dengan harga bermula pada RM229 untuk penginapan tiga hari dua malam di Kuala Lumpur dan RM282 untuk percutian domestik yang lain.

 

"Selain itu, pelanggan akan menikmati rangkaian luas tiket penerbangan untuk kelas ekonomi termasuk Economy Lite Fares dengan bagasi kabin percuma seberat 7 kilogram (kg), makanan dan minuman percuma, hiburan dalam penerbangan selain memperoleh Enrich Points untuk setiap tempahan perjalanan yang dibuat.

 

"Pelanggan juga boleh memilih Economy Flex Fare yang disertakan dengan perubahan tarikh tanpa had, polisi bayaran balik yang dipertingkatkan, fleksibiliti Go Show, keutamaan daftar masuk dan menaiki pesawat serta elaun bagasi daftar masuk sebanyak 35 kg, semuanya tanpa bayaran tambahan," katanya.

 

Bagi penumpang kelas perniagaan, Malaysia Airlines berkata, pelanggan akan menikmati pengalaman premium dengan ciri yang disesuaikan dengan keperluan dan keutamaan seperti elaun bagasi yang murah dan akses ke Golden Lounge milik Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan lounge pihak ketiga lain yang dilantik oleh syarikat penerbangan itu di lapangan terbang domestik dan antarabangsa terpilih.

 

 

"Pelanggan yang melancong dalam kelas perniagaan mempunyai akses kepada kategori tambang Business Basic, Business Flex dan Business Suite yang dipertingkatkan. Kedua-dua Business Basic dan Business Flex hadir dengan dua dua keping bagasi kabin (tujuh kg setiap satu), serta bagasi daftar masuk 40 kg dan 50 kg, makanan dan akses lounge percuma, akses kepada pemilihan tempat duduk percuma dan naik taraf Enrich Points serta lain-lain perkhidmatan keutamaan untuk daftar masuk, menaiki pesawat dan bagasi," katanya.

 

Selain itu, pelanggan juga akan menikmati fleksibiliti untuk menempah semula atau menukar tiket berikutan kelayakan mereka mendapat manfaat perubahan percuma (sekali untuk Business Basic) dengan perbezaan tambang akan dikenakan dan pilihan bayaran balik pada jumlah yang lebih tinggi.

 

Pelanggan Business Flex juga boleh menikmati penerbangan awal pada hari yang sama tanpa sebarang kos dan bayaran balik tiket dibenarkan.

 

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata, dengan gabungan tawaran hebat daripada Malaysia Airlines dan MHholidays, kini adalah masa yang sesuai untuk merancang lebih awal, menjamin tempat duduk bagi perjalanan sehingga tahun depan, selain menikmati penjimatan.

 

"Tempah sekarang atau sehingga akhir bulan dan raikan bulan kebangsaan dengan meneroka bandar baharu, merasai makanan baharu dan melihat lebih banyak lagi Malaysia bersama keluarga atau orang tersayang," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
MAS, Air India, Qantas Australia dan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa adalah antara syarikat…
Berita Domestik
"Saya ada memberi cadangan kepada MAS supaya penumpang terjejas perlulah diberikan sedikit layanan…
Berita Global
Data penerbangan menunjukkan MH122 dalam perjalanan dari Sydney ke Kuala Lumpur, dan berlepas dari…