Make the Future Live: Shell Malaysia temukan pelajar universiti dengan pemain industri

oleh Mohamad Hanif|
Acara Make the Future Live kembali lagi ke tanah air untuk tahun kedua dan ia turut merangkumi acara berprestij yang dinanti-nantikan para pelajar universiti, iaitu Shell Eco-marathon Asia.
Modenas

Shell Eco-marathon Asia merupakan satu platform untuk menguji tahap pengetahuan para pelajar universiti untuk membina dan menguji sendiri sebuah kereta cekap tenaga dalam dunia nyata. 

Acara Make the Future Live Malaysia ini akan mengambil tempat di Litar Antarabangsa Sepang bermula 2 sehingga 5 Jun 2020. 
 


Tahun ini, Shell Malaysia bekerjasama dengan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) untuk membantu dan menambahbaik hasil kerja lima pasukan tempatan yang menyertai acara SEMA. 

Empat buah syarikat atau pemain industri tempatan telah dijemput di dalam satu sesi untuk menggalakkan lagi kolaborasi antara mereka dan pasukan Malaysia selain membantu meningkatkan prestasi kereta mereka. 
 


Antara pemain industri yang mengambil bahagian termasuklah Suria Component Manufacturing (M) Sdn Bhd, Sapura Engineering Sdn Bhd, Kasai Teck See Malaysia Sdn Bhd dan Jasa Sarjana Sdn Bhd bagi membantu peserta daripada universiti berikut: 

  • Universiti Tunku Abdul Rahman
  • Universiti Malaysia Perlis
  • Multimedia University
  • Heriot-Watt University Malaysia
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
     

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
  Katanya, sebagai sebahagian daripada penyusunan semula Shell secara global, Shell Malaysia akan…
Berita Global
The Prince Michael International Road Safety Awards merupakan satu inisiatif yang mengiktiraf…
Berita Domestik
Kempen yang berlangsung selama enam minggu bermula dari 17 Ogos sehingga 27 September 2020 ini…