Majlis perkahwinan diharamkan di Perancis akibat wheelie

oleh Mohamad Hanif|
Hanya disebabkan tindakan beberapa orang penunggang motosikal yang menunjukkan aksi wheelie ketika majlis perkahwinan, ia memaksa beberapa orang Datuk Bandar mengambil tindakan mengharamkan majlis perkahwinan di kawasan mereka.

Menurut laporan daripada France Bleu, antara individu pertama yang mengambil langkah tersebut adalah Yves Moraine, ketua daerah yang bertanggungjawab menjaga daerah ke-6 dan daerah ke-8; dan Sabine Bernasconi (daerah pertama dan daerah ketujuh). 

 

Tindakan mengharamkan majlis perkahwinan di kawasan yang disebutkan itu adalah disebabkan upacara keraian pasca perkahwinan yang dibuat oleh segelintir anak muda yang melakukan aksi berani mati di atas motosikal, wheelie, menghalang jalan utama dan meletakkan risiko ke atas pengguna jalan raya yang lain.

Namun begitu, pengharaman (penolakan permohonan majlis perkahwinan) tersebut dikatakan hanya terpakai kepada mereka yang didapati disabitkan kesalahan terlibat di dalam perhimpunan haram sebelum ini. 
 


Agaknya, apa akan jadi kalau undang-undang ini terpakai di Malaysia ya? 

Add new comment

Careta Ad