Mahu kurangkan emisi, Toyota angkut kereta guna kereta api di Eropah

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Motor Europe
Toyota Motor Europe
Pendekatan menjaga alam sekitar perlu dibuat secara menyeluruh. Pada masa industri bercakap tentang alam sekitar lebih molek sekiranya bahan mentah, pembuatan dan logistik dilibatkan sekali di dalam satu pakej mesra alam.

Di Eropah misalnya Toyota Motor Europe (TME) telah memulakan inisiatif pengangkutan dengan menghantar kereta baharu menggunakan kereta api.

Penghantaran itu dibuat dari hab Logistik Kenderaan Valenciennes di Perancis ke Toton, United Kingdom.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

70,000 kereta, Corolla dan Yaris

 

Toyota Motor Europe

 

Ini adalah permulaan kepada fasa pertama perancangan Pan Eropah bagi meningkatkan jumlah penghantaran kenderaan menggunakan kereta api.

Ianya juga selari dengan wawasan Toyota untuk menyahkarbon dalam operasi logistik.

Pada peringkat awal, TME bersama rakan logistik Getlink dan CAT Group akan menghantar sekitar 70,000 kereta setiap tahun atau bersamaan 270 kereta api.

Model Corolla Hybrid yang dikeluarkan di Derby, UK akan dihantar ke hab Valenciennes manakala Yaris Hybrid yang dihasilkan di Perancis dihantar ke UK.

 

Toyota Yaris

 

Kurang sepuluh peratus

Melalui pengangkutan ini dijangkakan pelepasan CO2 dapat diturunkan sebanyak sepuluh peratus dan masa tunggu (lead time) dikurangkan sekitar 50 peratus.

Angka sepuluh peratus nampak kecil namun jumlahnya akan menjadi signifikan apabila dibuat bertahun-tahun.

Inisiatif ini juga meletakkan Toyota sebagai satu-satunya pengeluar automotif yang menggunakan Channel Tunnel (UK dan Perancis) untuk pengangkutan kenderaan baharu.

 

Toyota Yaris

 

Perancangan besar sampai ke merata negara

TME sebenarnya mempunyai sasaran lebih besar. Untuk mencapai sasaran Neutral Karbon di Eropah, Toyota merancang untuk menukar laluan utama logistik di Eropah kepada kereta api menjelang tahun 2024.

Fasa kedua Projek Rel TME bermula pada April 2022 apabila hab logistik Valenciennes dihubungkan dengan kilang di Kolin, Republik Czech.

Kilang Toyota itu mengeluarkan Yaris dan Aygo Cross.

Rangkaian kereta api Pan Eropah akan dikembangkan lagi dengan penambahan laluan logistik ke Itali, Sepanyol dan Turki.

 

Toyota Corolla Hatchback

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…