"Ini susulan keputusan kumpulan untuk mengeluarkan kumpulan pesawat A380, selepas langkah penstrukturan semulanya selesai pada Mac 2021.
"Syarikat penerbangan akan mengikuti proses yang sewajarnya dalam menilai penyerahan oleh pembida yang berpotensi dan menjangka proses itu akan selesai pada suku keempat 2021," menurut kumpulan itu kepada Bernama ketika dihubungi pada Khamis.
MAG mengulas laporan mengenai anak syarikat milik penuhnya, MAB Pesawat Sdn Bhd menjalankan tender terbuka untuk penjualan enam pesawat A380-800 dan/atau komponennya.
Pihak yang berminat dipelawa untuk menghantar cadangan mereka selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2021.
MAB telah menyelesaikan proses penstrukturan semula hutangnya dalam tempoh hanya empat setengah bulan - menjadikannya organisasi syarikat penerbangan paling cepat dalam sejarah melaksanakan langkah tersebut dalam tempoh yang singkat.
Pelan penstrukturan semula itu melibatkan 75 pemiutang, dengan jumlah hutang kira-kira RM15 bilion oleh Malaysia Airlines.
Sumber: Astro Awani