Firefly mulakan penerbangan pertama dari Pulau Pinang ke Bangkok

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Firefly, anak syarikat Malaysia Aviation Group (MAG) mengumumkan penerbangan sulungnya dari hab operasi pesawat jet di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN), ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang (DMK) di Bangkok pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif MAG Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata pengembangan strategik itu menandakan komitmen Firefly untuk mengukuhkan jejaknya di seluruh rantau ASEAN.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

"Penubuhan sambungan terus dari PEN menunjukkan dedikasi kami memacu pertumbuhan di hab utara dan ini akan meningkatkan kebolehcapaian serantau untuk pengembara domestik di samping membuka pintu kepada pelawat antarabangsa, meningkatkan sektor pelancongan, serta perjalanan perniagaan dan pelaburan asing.

"Kami teruja dengan prospek memupuk peningkatan kesalinghubungan dan menyumbang secara signifikan kepada pelancongan," katanya.

Laluan baharu itu akan beroperasi lima kali seminggu, menggunakan pesawat Boeing 737-800 milik syarikat berkenaan.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Fasa Operasi Jet Interim (IJO) akan memperkenalkan semula operasi pesawat satu lorong dari…
Berita Domestik
Sehubungan itu, MAG menerusi kempen Jualan Khas Percutian Malaysia Airlines, kini menawarkan…
Berita Domestik
Tambang yang dihadkan itu terpakai dari Kuala Lumpur (KUL) untuk perjalanan tiga hari sebelum…