Mabuk - Pemandu Toyota Vios dan Perodua Mvyi ditahan

oleh SALINA JALIL|
Polis menahan dua lelaki secara berasingan yang didapati memandu dalam keadaan mabuk dalam Op Mabuk di Jalan Chain Ferry, di Butterworth, awal pagi semalam.


Kedua-dua lelaki berusia 35 dan 37 tahun yang memandu kereta Perodua Myvi dan Toyota Vios dilihat berada dalam keadaan mencurigakan, dalam operasi yang berakhir jam 6 pagi itu.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kedua-dua lelaki terbabit mendapati mereka memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan.

 

"Ujian saringan awal dengan alat SD2+ mendapati kedua-dua lelaki itu positif dan mereka dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah Seberang Perai Utara untuk ujian pernafasan dengan alat EBA-II.

 

"Hasil ujian itu turut mendapati mereka positif apabila minum alkohol melebihi had ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Kita akan melihat keberkesanan ke atas semua langkah intervensi yang dijalankan bukan sahaja…
Berita Domestik
Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa yang dalam keadaan mabuk mengalami lebam pada bahagian muka…
Berita Domestik
  Afzanizar turut berkata, lelaki berusia 46 tahun yang memandu kereta Toyota Camry dalam…