Maaf, pengganti Toyota MR2 bukan satu prioriti - Toyota

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini Toyota bercadang untuk menghidupkan kembali nama tiga beradik jentera berprestasi tinggi iaitu Supra, 86 serta sebuah lagi model berenjin tengah (midship) iaitu MR2.
Modenas

Toyota GR Supra sudah pun dilancarkan, manakala generasi baharu 86/BRZ sedang dalam pembikinan. Bagaimana pula dengan nasib MR2?

Dalam satu temubual yang dijalankan oleh Autocar, Naib Presiden Toyota Eropah Matt Harrison menjelaskan bukanlah keutamaan mereka (pada ketika ini) untuk membangunkan kembali pengganti Toyota MR2.

Sebaliknya, mereka kini memfokuskan kepada pembangunan model baharu GT86 yang bakal menggunakan lencana rasmi Gazoo Racing (GR 86) dengan menggunakan platform TNGA yang telah diubahsuai.

 


Toyota GR 86 (dan Subaru BRZ) difahamkan bakal menerima penggunaan enjin turbo baharu 2.4 liter yang diperoleh daripada Subaru Ascent menghasilkan 260 kuasa kuda dan 308 Nm dengan mengekalkan konfigurasi pacuan roda belakang seperti sebelum ini. 

Apatah lagi ketika ini Toyota turut mengumumkan sebuah lagi model hot hatch yang bakal memasuki rumah Gazoo Racing, iaitu GR Corolla yang dijadualkan pengenalannya dalam tempoh tiga tahun lagi. 

 

Add new comment