Toyota MR2 dilapor bangkit kembali tahun 2024 - trenkuasa PHEV 395 hp!

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Spyder7
Era kebangkitan semula kereta-kereta sports tulen Jepun menyaksikan Toyota kini mempunyai barisan kereta sports yang hampir lengkap, dimulakan dengan GR Yaris, GR 86, GR Supra dan GR Super Sports yang mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Namun, pengeluar gergasi Jepun itu dilaporkan bakal hadir dengan sebuah lagi produk kereta sports berenjin tengah - Toyota MR2!

Menurut informasi yang dipetik daripada laman web Spyder7, Toyota sedang mencari rakan kerjasama yang bersesuaian bagi menghidupkan kembali MR2 - amalan yang sama dibuat ketika pembangunan GT 86 dan GR 86 (Subaru BRZ) serta GR Supra (BMW Z4).

Malah, laman itu mendakwa Toyota dikatakan sedang berunding dengan jenama seperti Porsche dan Lotus!
 

Alessandro


Selain daripada itu, laman Spyder7 mendedahkan rekaan luaran MR2 generasi baharu banyak mengambil inspirasi daripada model konsep Toyota Alessandro Volta yang muncul pada acara Geneva Motor Show.

Nadi kuasa pula mungkin akan menggunakan sistem plug-in hybrid, di mana enjin V6 berkapasiti 2.8 liter atau 3.0 liter diramalkan menjadi sebahagian daripada trenkuasa tersebut dengan angka output keseluruhan 345 hp sehingga 395 hp.
 

Supra


Difahamkan, Toyota MR2 generasi baharu yang akan muncul seawal tahun 2024 ini bakal diposisikan bukan di bawah Supra, akan tetapi menjadi lebih premium berbanding Supra dengan harga jualan bermula dari 6 juta yen (RM218,341).

Sebagai perbandingan, harga jualan Toyota Supra di Jepun bermula dari 4.995 juta yen (RM181,769).

Sumber: Spyder7

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini bukanlah bayangan sebenar generasi baharu Toyota MR2 - kereta sports enjin midship - yang telah…
Berita Global
Toyota GR Supra sudah pun dilancarkan, manakala generasi baharu 86/BRZ sedang dalam pembikinan.…