Lupakan kereta terbang, model baharu Toyota bakal mendarat di Bulan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Ketika Malaysia masih lagi sibuk dengan kereta terbang yang dikhususkan untuk Jabatan Pertanian, Toyota kini mengorak langkah berpuluh kali ganda mara ke hadapan - mungkin lebih sesuai dikatakan mara ke angkasa lepas. 

Namun, ia bukanlah berkisar dengan sebuah Toyota Corolla dengan kit badan menembak angkasa lepas, akan tetapi model baharu ini merupakan sebuah penjejak bulan (lunar rover)!

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sky News, Japan Aerospace Exploration Agency telah mengesahkan kenyataan bahawa mereka kini sedang bekerjasama dengan Toyota untuk membangunkan sebuah penjejak bulan untuk misi tahun 2030.

Selain daripada penghasilan penjejak bulan ini, Toyota juga dikatakan bertanggungjawab untuk menghasilkan sebuah probe angkasa serta tumpuan kepada aspek mobiliti di sana.


Selain daripada Toyota, GM merupakan pengeluar automotif pertama yang menghasilkan penjejak bulan yang mendarat di bulan pada tahun 1971, dikenali sebagai Lunar Roving Vehicle.

Setiap penjejak bulan GM mempunyai kerangka aluminium dan empat buah motor elektrik berkuasa 0.25 hp, dikuasakan oleh dua bateri silver-zinc potassium hydroxide 36 voltan.

Teknologi pada tahun 1970-an itu berupaya menggerakkan lunar rover tersebut pada jarak 35.9 km dalam masa 4 jam dan 26 minit. 

Jika dikira pada kadar matawang terkini, setiap lunar rover 1971 itu mempunyai kos penghasilan sekitar $236 juta (RM965 juta)!

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…