Luminox Navy SEAL EVO 3000 Series dengan tiga rekaan dial, RM2,585

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar jam tangan Luminox telah mengemaskini penawaran produk jam Navy SEAL EVO 3000 Series untuk model tahun 2023.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Terdapat tiga rekaan dial dan tali jam yang boleh dipilih dengan warna Sand, Olive Green dan White (tali jam hitam).
 

luminox


Ketiga-tiga jam tersebut menampilkan binaan casis CARBONOX™ bersaiz 43 mm, keupayaan kalis air sedalam 200 meter, diikuti dengan penggunaan kaca kristal sapphire yang kalis calar dan ciri salutan anti-reflektif.

Sistem pergerakan Quartz memastikan jam yang dibina untuk tentera dan petugas penyelamat kecemasan ini menawarkan bacaan masa yang tepat.
 

luminox


Akhir sekali, sistem pencahayaan kendiri Luminox Light Technology memudahkan bacaan masa dibuat dalam apa jua keadaan cahaya persekitaran, dan boleh bertahan selama 25 tahun.

Setiap satu jam tangan Luminox Navy SEAL EVO 3000 Series ini dijual pada harga RM2,585, dan boleh didapati di Parkson 1Utama, Parkson Pavillion KL, SOGO KL, SOGO Central i-City Shah Alam, serta pengedar jam tangan bertauliah.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Model baru MRG-B2000JS dihasilkan sebagai penghormatan kepada Juryoku-Maru: San, pedang katana…
Gaya Hidup
Chronograph ini menerima tauliah dari Poinçon de Genève dan juga Bureaux Suisses de Contrôle…
Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…