Lubang besar di Jalan Medoi Kampung Jawa, Segamat gusarkan penduduk

oleh Penyumbang Rencana|
Penduduk sekitar Kampung Jawa di sini, bimbang mengenai kejadian mendapan tanah di Jalan Medoi, kampung berkenaan yang menyebabkan wujudnya lubang besar di laluan itu.


Jalan terbabit merupakan laluan utama penduduk ke bandar Segamat dan Felda Medoi.


Tinjauan Bernama mendapati lubang besar itu wujud akibat mendapan tanah yang difahamkan berlaku pada Rabu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Seorang penduduk, Abdul Aziz Abdul Fattah, 63, berkata mendapan tanah dipercayai berlaku susulan air banjir yang deras.

 

Menurutnya kawasan mendapan itu adalah kawasan tebatan banjir yang dibina pada 2016 dan merupakan laluan air.

 

"Hujan lebat sejak Isnin lepas menyebabkan air naik sangat cepat dan tinggi, jadi di bawah tebatan banjir itu adalah laluan air, ia tidak dapat menampung dan menyebabkan berlaku lubang besar.

 

"Makin lama, lubang tersebut besar dan merebak ke laluan jalan raya utama. Kita bimbang ini akan membahayakan pengguna dan penduduk setempat," katanya kepada Bernama pada Jumaat

 

Seorang lagi penduduk, Zainun Hassan, 51, berkata terdapat papan tanda yang memaklumkan jalan rosak di kawasan lubang besar itu namun sehingga hari ini belum ada tindakan daripada pihak berkuasa bagi mengatasi mendapan itu.

 

"Jika laluan ini terus ditutup, tentu akan menyukarkan penduduk setempat dan orang luar, saya berharap ada tindakan pantas daripada pihak yang berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.

 

Zainun turut mendakwa kejadian itu menyebabkan bekalan air sekitar Kampung Jawa terputus sejak 1 pagi tadi yang menyukarkan penduduk untuk membersihkan rumah akibat banjir.

 

Katanya cuaca mendung sejak semalam menyebabkan air banjir mulai surut dan penduduk terjejas sudah mula membersihkan rumah masing-masing.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penduduk Kampung Poropot, Charls Dodee, 26, berkata, kerosakan jalan itu berlarutan sejak tiga…
Berita Domestik
Keadaan jalan itu dikongsikan oleh seorang pengguna jalan raya, Mohd Fauzie Jasneh, 31, menerusi…
Berita Domestik
Penduduk, Hassan Serian, 56, berkata penduduk, terutama petani yang mempunyai kebun perlu berhati-…