Lotus mahu jual platform Elise kepada pihak yang berminat. Siapa nak?

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Lotus bakal menamatkan riwayat model-model kereta sports sedia ada seperti Elise dan Exige menjelang akhir tahun ini dan memberikan laluan kepada model baharu Emira - kereta sports terakhir Lotus dengan enjin konvensional.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, platform kereta sports yang terbukti dari Lotus itu tidaklah akan dikuburkan terus, memandangkan ia masih lagi mempunyai potensi.

Menurut Matt Windle, pengarah urusan Lotus berkata, "Jika ia datang dengan projek dan rakan yang betul, mengapa tidak? (Elise) merupakan sebuah kereta yang luar biasa," ujarnya kepada Automotive News Europe.

 


Langkah menjual platform kepada pihak ketiga bukanlah satu perkara yang baharu, memandangkan Lotus sendiri sebelum ini turut menjual platform kereta sports pertama mereka, Seven kepada Caterham.

Sehingga kini, Caterham (yang kini dimiliki oleh syarikat pengimport kenderaan Jepun) masih lagi membina kereta sports yang dinamakan sebagai Caterham 7.

 


Lotus Elise Cup 250 Final Edition mengekalkan enjin 1.8 liter daripada Sport 240, namun dengan talaan setinggi 245 kuasa kuda dan 244 Nm yang membenarkan pecutan 0-100 km/j dalam 4.3 saat.

Apa yang menarik pada model edisi pengakhiran itu adalah pakej aerodinamik yang telah dioptimasikan yang mampu menjana daya turun 155 kg pada kelajuan tertinggi 248 kg, rim aloi 10 jejari, tayar Yokohama A052, peredam Bilstein dan bar anti-oleng boleh laras.

 


Lebih menarik, berat badan Lotus Elise Cup 250 Final Edition ini hanyalah sekitar 931 kg sahaja!

Bagus juga kalau pengeluar automotif tempatan Proton rebut peluang keemasan ini. Bila lagi nak merasa hasilkan kereta yang serius?

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…