Lorong kanan ELITE antara Seafield, Ebor ditutup - PLUS

oleh Mohamad Hanif|
Lorong kanan di antara Km3.70 dan Km5.45 berhampiran Persimpangan Bertingkat Seafield dan Ebor di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) ditutup kepada semua kenderaan susulan kerja pembinaan tembok penghadang konkrit (New Jersey Barrier) di kawasan itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

PLUS dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu bagi membolehkan kerja persediaan serta pembinaan tembok di bahagian median lebuh raya berkenaan yang dijangka tamat pada suku ketiga (Q3) tahun ini.

"Pembinaan tembok itu bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan serta mengelak kemalangan melibatkan kenderaan berat terbabas dan kebarangkalian memasuki laluan bertentangan," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan berkenaan supaya merancang perjalanan, mematuhi had laju dan semua papan tanda arahan yang disediakan oleh syarikat berkenaan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…