Lockdown - Satu pertiga dari 800 SJR ialah jenis mobil

oleh Mohamad Hanif|
Satu pertiga dari Sekatan Jalan Raya (SJR) yang bakal dilakukan bermula hari ini sehingga tamat lockdown ialah SJR mobil atau bergerak dan bukan setempat.

BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut IGP Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, ada lebih kurang 800 SJR diadakan semasa lockdown ini dan dua pertiga akan dilakukan di lokasi yang kekal.

Sepertiga lagi akan dibuat secara mobil, tetapi PDRM akan sentiasa memantau laluan-laluan serta kawasan pergerakan dan akan menutup kesemua itu jika perlu.

Acryl Sani juga berkata tidak ada perintah berkurung dilakukan selepas jam 8 malam tetapi oleh kerana kebanyakan premis perniagaan dan perkhidmatan tamat pada jam 8 malam, tidak ada sebab untuk ramai berada di atas jalanraya.

Beliau juga meminta semua yang keluar dari rumah untuk membawa bil utiliti seperti bil air atau bil elektrik bagi memudahkan mereka membuktikan lokasi kediaman.

“Seramai 70,000 anggota polis dikerahkan untuk operasi ini, dengan tambahan 15,000 lagi dari agensi lain,” sambungnya.

*Laporan penuh dari The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Video tular berdurasi lima saat itu memaparkan anggota penguat kuasa JPJ tersebut terpelanting dan…
Informasi
"Penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC terbabit cuba berpatah balik dengan melawan arus sebelum…
Berita Domestik
  "Kes jenayah dalam kawasan pentadbiran Balai Polis Putra Perdana agak menonjol kerana dalam…