LM003 Borneo - SUV Lamborghini Indonesia yang tidak menjadi

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lamborghini baharu sahaja melancarkan SUV kedua mereka, Uruz yang memang menggegarkan dunia.

Careta dengar sudah ada beberapa hartawan Malaysia yang telah memesan Urus dari wakil jenama itu di Malaysia, Lamborghini Kuala Lumpur.

Ramai juga yang baharu tahu bahawa Lamborghini sudah pernah melancarkan sebuah SUV sebelum ini, LM002 (gambar di bawah)  yang sebenarnya merupakan sebuah kenderaan khusus untuk tentera pada asalnya tetapi projek itu dibatalkan dan LM002 dijadikan kenderaan untuk orang awam.


 

 

Apa yang kita tidak ketahui ialah Lamborghini sebenarnya hampir mahu melancarkan SUV kedua mereka, LM003 pada pertengahan 1990-an semasa ia berada di bawah pengurusan syarikat Megatech dari Indonesia.

Megatech membeli jenama Itali itu dalam tahun 1994 dan mempunyai pelbagai perancangan. Sayangnya, kejatuhan ekonomi menidakkan banyak projek mega mereka kecuali satu, iaitu model Diablo Super Veloce.

Salah satu projek yang tidak menjadi ialah sebuah SUV dengan nama kod LM003, direka oleh pakar rekabentuk automotif legenda, Zagato.

 

Diketuai oleh Nori Harada dari SZ Design (gabungan saki baki Zagato dan Lambnorghini), Lamborghini LM003 ialah sebuah SUV konsep yang direka untuk bersaing dengan Range Rover V8.

Nama yang dipilih untuk projek LM003 ini ialah Borneo atau Galileo, bergantung kepada lokasi ia dipasarkan.

 

 

 

Projek LM003 itu diuruskan dengan rakan kongsi Lamborghini ketika itu, syarikat kenderaan nasional Indonesia, Timor.

Pasukan dari Zagato membina sebuah model LM003 sebagai contoh dalam tahun 1997. Namun begitu, krisis kewangan Asian melihat kejatuhan MegaTech dan juga Timor dan akhirnya Lamborghini dijual kepada Audi.

 

Secara ringkas, Careta simpulkan bahawa:

  • Lamborghini pernah dimiliki oleh syarikat MegaTech dari Indonesia 
  • Syarikat kenderaan nasional Indonesia, Timor sepatutnya membina SUV kedua Lamborghini bernama Borneo atau Galileo.

Mantap bukan? 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …