LLM - Laluan motosikal di lebuh raya perlu naik taraf!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Syarikat pemegang konsesi diminta supaya menaik taraf laluan motosikal di lebuh raya masing-masing, agar ia juga sesuai digunakan oleh motosikal berkuasa tinggi, dalam membantu usaha mengurangkan risiko kemalangan.

Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Seri Jalaluddin Alias yang membuat permintaan itu berkata, ada beberapa laluan seperti laluan masuk lorong motosikal di Pulau Pinang dan Ipoh, Perak, yang dilihat tidak selamat digunakan oleh motosikal berkuasa tinggi dan boleh mengakibatkan kemalangan.

"Syarikat konsesi lebuh raya diminta menaik taraf laluan (motosikal) ini, atau sediakan kemudahan sewajarnya bagi penunggang motosikal jenis ini bagi memastikan keselamatan penunggangnya,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pengurusan Trafik LLM di Wisma Lebuh Raya pada Isnin.

Beliau berkata, di sepanjang lebuh raya seliaan LLM dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini, lebih 10,000 kemalangan jalan raya dilaporkan, dengan kemalangan maut membabitkan motosikal adalah tinggi iaitu kira-kira 200 kes.

Katanya, syarikat konsesi lebuh raya juga perlu membuat penambahbaikan laluan motosikal dengan mengambil kira kemalangan akibat cuaca buruk, termasuk risiko penunggang motosikal dilanggar ketika berhenti di bawah jejambat untuk berteduh ketika hujan.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, peningkatan trafik dijangka berlaku secara…
Berita Domestik
Kemudahan ini dibangunkan bagi menyokong peningkatan penggunaan EV dalam kalangan pengguna harian,…
Berita Domestik
"Bagi arah selatan di jajaran E1 pula, kesesakan dilaporkan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar…