Litar Sepang ketika musim MotoGP 2018 dari lensa seorang Astronaut NASA

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Astronaut NASA, Drew Feustel bukan sahaja seorang angkawasan, beliau juga merupakan seorang peminat kereta dan penggemar aksi sukan permotoran seperti MotoGP, Formula One dan IndyCar. 

Ketika bekerja di Stesen Angkasalepas Antarabangsa (ISS) pada tahun lalu, Feustel berjaya mengambil gambar beberapa trek lumba kegemaran beliau, kesemuanya dari jarak 400 km dari bumi. 

Walaupun sibuk bekerja, tidak dinafikan Feustel turut mengikuti perkembangan semasa perlumbaan terkemuka terutama ketika musim perlumbaan sedang berlangsung.
 

Pusat Angkasalepas Antarabangsa (ISS)

Ketika ditemubual oleh Hot Rod Network, beliau mengakui mengambil kesemua gambar trek lumba tersebut sebagai memenuhi masa lapang beliau ketika di ISS. 

Menggunakan kamera DSLR Nikon D5, lensa 800 mm dan teleconverter 2x, Feustel menggunakan koordinat litar lumba yang diberikan oleh pusat kawalan untuk mengambil gambar ketika sedang melakukan aktiviti spacewalk. 
 


Menurut Feustel, pada mulanya beliau sukar untuk mendapatkan hasil gambar yang baik, oleh kerana secara teknikalnya Pusat Angkasalepas Antarabangsa mengorbit sejauh 400 km dari permukaan bumi dengan kelajuan 28,164 km/j. 

Hasil kesabaran beliau melakukan cubaan beberapa kali, usahanya membuahkan hasil apabila beliau berjaya menangkap beberapa buah litar kegemaran beliau untuk diabadikan sebagai kenangan dari ISS. 

Bukan mudah untuk mendapatkan hasil yang diingini dan bukan semudah anda membuka Google Earth menerusi laptop dan PC anda. 

Berikut merupakan koleksi litar lumba yang dikongsikan oleh Feustel:
 

Litar Antarabangsa Sepang, MotoGP 2018

 

Circuit Paul Ricard. French F1 GP

 

Detroit GP. IndyCar.

 

Bahrain GP. F1.

 

Circuit de Barcelona-Catalunya. Spanish F1 GP.

 

Czech MotoGP.

 

NTT IndyCar.

 

Pocono Raceway. IndyCar.

 

Texas Motor Speedway. IndyCar.

 

Valencia Moto CP.

Hasil karya beliau boleh diikuti menerusi pautan di bawah:

Instagram: NASA Astronaut Drew Feustel

Twitter: A.J. (Drew) Feustel

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami mengesahkan bahawa tiada perbincangan mengenai membawa kembali sukan itu ke Litar…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…
MotorGP
"Patuhi arahan papan tanda di sepanjang jalan dan tidak berhenti atau menghalang laluan kenderaan…