Lihat Tesla Cybertruck buat Tank Turn dalam versi 1:64

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira setahun yang lalu, Tesla telah bekerjasama dengan Hot Wheels untuk menghasilkan sebuah model Cybertruck kawalan jauh dalam skala miniatur (1:64 dan 1:10).

Namun baru-baru versi yang lebih kecil 1:64 dilihat wujud di beberapa buah kedai fizikal, dan seorang Youtuber Tesla Raj telah pun berjaya membeli dua unit RC Cybertruck itu dan menunjukkan kepada dunia bagaimana model kecil Tesla itu beraksi.

Sesi nyahkotak yang dilakukan mendapati model Cybertruck ini turut didatangkan sekali dengan alat kawalan jauh yang memerlukan empat bateri AA, kehadiran butang penjajaran (!) dan butang boost bagi menjadikan pergerakan Cybertruck ini lebih pantas.

Menurut Tesla Raj, harga jualan untuk model Cybertruck ini bermula dari $20 (RM81.09).

Berdasarkan semakan di laman web rasmi Hot Wheels, model 1:64 Hot Wheels®R/C Cybertruck telah pun habis terjual.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, seorang penganalisis berpendapat model Cybertruck akan bertindak sebagai sebuah model 'halo…
Berita Global
Namun, buat para peminat dan pencinta aktiviti luar, anda kini boleh mendapatkan pakej camper yang…
Berita Global
Anthony Diamond merupakan seorang pemilik Tesla Model 3 dan telah pun membuat tempahan bagi trak…