Hanya 199 unit sahaja replika ini yang akan dihasilkan, di mana proses pemasangan setiap satu unit memakan masa kira-kira 400 jam untuk disiapkan.
Hanya dua warna sahaja yang ditawarkan, iaitu kuning Giallo Fly atau merah Rosso, namun pembeli boleh menentukan warna kustom dengan tambahan kos yang tidak disebutkan.

Antara perincian yang wujud pada model replika Countach ini termasuklah pintu yang boleh dibuka secara menegak, hud depan yang boleh dibuka, serta lampu pop-up yang berfungsi.
Replika nadi bentangan V12 4.0 liter juga dipersembahkan dalam keadaan yang sangat terperinci.
Untuk ruang kabin, Alamgam menawarkan papan pemuka dengan pilihan warna perang atau hitam yang nampak lebih elegan.

Biarpun dalam skala 1:8, anda dapat melihat butiran jelas komponen penting seperti roda stereng, gugusan meter analog, tuil gear manual berpagar, serta terdapat tempat puntung rokok pada konsol tengah.
Dengan harga sekitar $19,995 (RM94,506) anda boleh memilih untuk membawa pulang sebuah Lamborghini Countach LP400 1974 1:8 ini dan mempamerkannya atas meja kerja, atau baik beli sebuah Proton S70 1.5T Flagship X berharga RM94,800.