Lewis Hamilton juara di GP Hungary

oleh SALINA JALIL|
Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes AMG Petronas Formula One kembali mempertahankan kedudukan sebagai pendahulu kejuaraan pemandu dengan kemenangan ke atas pesaing muda Max Verstappen di Grand Prix Hungary.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Juara berusia 34 tahun itu bermula dari petak ketiga dengan jentera Mercedesnya, dan selepas mengekori rapat pemandu 21 tahun dari Belanda sebelum memintas dan mendahului perlumbaan pada pusingan ke-67 daripada 70 keseluruhan.

 

Hamilton mencatat rekod tujuh kemenangan di Hungary dan ke-81 kariernya, sekali gus memusnahkan harapan Red Bull untuk menyaksikan Verstappen memenangi perlumbaan selepas meraih petak utama.

 

Verstappen yang mendahului perlumbaan sebelum tayarnya botak, ketinggalan 17.796 saat di belakang Hamilton dan turut mencatat rekod pusingan terpantas di litar berkenaan selepas melakukan hentian pit di penghujung perlumbaan.

 

Juara empat kali Sebastian Vettel dari Ferrari pula menduduki tempat ketiga, diikuti rakan sepasukannya Charles Leclerc, Carlos Sainz dari McLaren dan pemandu Red Bull Pierre Gasly.

 

Mercedes menyamai strategi Red Bull dari awal dengan mengambil risiko dengan hentian pit tambahan yang menyaksikan Hamilton perlu mengejar jurang 20 saat dalam 20 pusingan dengan tayar baharunya – tindakan yang menyebabkan Verstappen merungut kepada pasukannya sebelum dipintas akibat tayar semakin botak. 

 

 

*Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Sukan Bermotor
Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43…