LEGO umum barisan produk baharu, harga bermula RM39.90-RM249.90

oleh Mohamad Hanif|
LEGO baru-baru ini mengumumkan kehadiran set replika kenderaan baharu bagi siri CITY, Speed Champions, Creator 3-in-1, sehinggalah kepada siri Technic yang lebih kompleks untuk pasaran Malaysia.

Antara yang mencuri tumpuan termasuklah set LEGO Speed Champions Lotus Evija, LEGO Speed Champions Ferrari 512M 1970, LEGO Creator 3in1 Street Racer, set LEGO City Race Car dan City Police Car, serta set LEGO Technic Formula E Porsche 99X Electric dan LEGO Technic Ford Mustang Shelby GT500.
 


Set LEGO baharu ini boleh didapati menerusi LEGO Certified Store, kedai dalam talian di Lazada dan Shopee, LEGOLAND, serta kedai-kedai rasmi yang mengambil bahagian.
 

LEGO


Bersempena dengan cuti sekolah, LEGO turut mengadakan promosi di LEGO Certified Store, 1Utama bermula 11-20 Mac 2022, di mana kanak-kanak berpeluang untuk bergambar dengan model bersaiz sebenar LEGO Speed Champions 1970 Ferrari 512M.

Mempunyai dimensi 2,700 mm x 1,200 mm x 700 mm dan berat sekitar 280 kg, proses pembangunan dan reka bentuk replika Ferrari 512M 1970 ini memakan masa 164 jam, dan proses pemasangan 78,496 kepingan LEGO itu pula mengambil masa kira-kira 480 jam.
 

LEGO


Sepanjang dua hujung minggu pada tarikh 11-13 Mac dan 18-20 Mac, pembeli yang bergambar dengan model tersebut dan memuat naik bersama-sama tanda pagar #LEGOMY dan #BUILDTHETHRILLS akan menerima hadiah eksklusif LEGO Vehicle di LEGO Certified Store.

Selepas 1Utama, model bersaiz penuh ini akan dipamerkan di LEGO Certified Store Sunway Pyramid bermula 25 Mac-3 April 2022.

Peminat LEGO di utara juga boleh melihat dengan lebih dekat pameran LEGO ATV di LEGO Certified Store Queensbay Mall, Pulau Pinang bermula 21-31 Mac 2022.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Lego buat kali pertamanya bekerjasama dengan Hasbro kini menawarkan figura Lego Optimus Prime yang…
Berita Global
LEGO telah bekerjasama dengan Piaggio menghasilkan sebuah kit LEGO Vespa 125 era 1960-an untuk…
Gaya Hidup
  Ia juga merupakan kali pertama sebuah jentera F1 dijelmakan semula dalam bentuk LEGO Technic,…