LEGO Creator Expert Harley-Davidson Fat Boy - di LEGO Stores bermula 1 Ogos ini

oleh Mohamad Hanif|
Buat para peminat Harley-Davidson, The LEGO Group baharu sahaja memperkenalkan sebuah model baharu di dalam siri LEGO Creator Expert - Harley-Davidson Fat Boy.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

LEGO Creator Expert Fat Boy ini akan mula meluncur di LEGO Stores global menjelang 1 Ogos ini. 

Dibangunkan dengan kerjasama daripada Harley-Davidson, model ini membawakan perincian yang serba unik dan ikonik daripada motosikal Milwaukee kepada dunia skala. 
 


Terdiri daripada 1,023 kepingan LEGO, model Fat Boy ini turut lengkap dengan rim cakera padu, tangki bahan api jenis teardrop, meter kluster terbina dan ekzos berkembar. 

Model Fat Boy ini mempunyai dimensi 20 cm tinggi, 18 cm lebar dan 33 cm panjang, dan usah terkejut apabila terdapat beberapa komponen yang boleh bergerak apabila dimainkan oleh pemiliknya. 
 


Seperti contoh, pergerakan tayar belakang akan turut sama menggerakkan omboh di dalam enjin Milwaukee-Eight, serta paip ekzos yang turut sama bergetar. 

Kemasan yang dilayangkan juga cukup mengkagumkan, didatangkan dalam warna skema hitam dan merah gelap, dan diakhiri dengan logo Harley-Davidson - satu arca seni yang cukup sesuai dipamerkan di rumah, mahupun dipejabat anda. 
 


Bagi meraikan pelancaran LEGO Creator Expert Harley-Davidson Fat Boy ini, para pekerja LEGO telah membina sebuah model bersaiz sebenar, lengkap dengan komponen bersalut perak, kawalan animasi Wi-Fi, suara dan efek lampu bagi meniru sebuah Harley-Davidson Fat Boy sebenar. 

Model yang dibina daripada 69,569 kepingan LEGO ini mengambil masa kira-kira 865 jam untuk disiapkan, dan dipamerkan di LEGO Stores dan acara Harley-Davidson yang terpilih. 

Bagi mereka yang tidak sabar, anda boleh mendapatkan model ini secara terus dari LEGO Stores dan shop.LEGO.com eksklusif untuk ahli VIP LEGO bermula 17 Julai ini. 

Manakala jualan umum hanya akan bermula pada 1 Ogos nanti. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
LEGO Harley-Davidson Fat Boy ini dibangunkan dengan kerjasama Harley-Davidson membawakan perincian…