Lebih setahun di pasaran, Mitsubishi Eclipse Cross laku keras

oleh Muhammad Md Tajudin|
Di peringkat ASEAN, Mitsubishi mempunyai 'butir peluru' yang dilihat bakal menggegar pasaran MPV kecil. Model yang dimaksudkan ialah Xpander di mana ia berjaya menggugat dominasi Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia di Indonesia.

Walaupun di Indonesia Toyota mempunyai Rush dan Daihatsu Terios sama seperti kita ditawarkan Toyota Rush dan Perodua Aruz, MPV dari Mitsubishi itu tetap berjaya di pasaran.

Sepanjang 2018, jualan Toyota Avanza ialah sebanyak 82,167 unit manakala Mitsubishi Xpander pula sebanyak 75,075 unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mitsubishi Eclipse Cross

 

Mitsubishi sebenarnya mempunyai sebutir peluru lagi yang belum dilepaskan di ASEAN iaitu SUV sederhana Eclipse Cross.

Selain di Eropah dan beberapa pasaran dunia, Eclipse Cross sudah dilancarkan di Singapura dan melihatnya di depan mata, model ini memang menarik.

Bagaimana pula dengan sambutannya?

Selepas setahun berada di atas jalan raya Eclipse Cross mendapat sambutan hangat dengan jualan global lebih daripada 80,000 unit.

Mitsubishi Eclipse Cross

 

SUV ini mula dilancarkan di Eropah, Jepun dan kemudian di Amerika Syarikat dan salah satu faktor ia digemari ialah kerana konsepnya yang menggabungkan praktikaliti sebuah SUV dengan gayaan coupe.

Berikut ialah jumlah jualan Mitsubishi Eclipse Cross di pasaran utama dunia:

2018 Jumlah
  • Eropah:
  • Amerika Utara:
  • AUS/NZ:
  • Jepun:
  • Lain-lain:
33,287 
14,026 
9,332 
11,592 
11,877 

Walaupun Mitsubishi Motors mempunyai pelbagai model di pasaran, ini sebenarnya adalah cubaan pertama ke dalam segmen SUV Coupe.

Menurut Mitsubishi, model ini berjaya memenangi hati ramai dek kerana gaya di mana tinjauan di kalangan pelanggan menunjukkan mereka meletakkan reka bentuk sebagai sebab utama pembelian.

Untuk tahun 2019, Mitsubishi Motors UK terus cuba untuk menawan hati lebih ramai pelanggan dengan menawarkan beberapa kemaskini seperti berikut:

  • Edisi terhad Black Edition sebanyak 500 unit sahaja
  • Sistem telematik Mitsubishi Connect untuk Eclipse Cross Black Connected Edition
  • Roda aloi 16 inci dengan kemasan baharu (Eclipse Cross 2)
  • Active Yaw Brake Control kini untuk varian 2WD
  • Cermin pandang belakang automatik malap (Eclipse Cross 3 & 4)
  • Warna  Lightning Blue pearlescent untuk kesemua varian

 

Mitsubishi Eclipse Cross

 

Selain memenangi hati pelanggan, Mitsubishi Eclipse Cross turut diiktiraf industri apabila terpilih sebagai Kereta Tahun 2019 RJC daripada Persidangan Penyelidik dan Jurnalis Automatif Jepun (RJC).

Para juri memuji Eclipse Cross untuk reka bentuknya yang menarik, prestasi cemerlang di atas 'jalan kasar' dan pemanduan seimbang. 

Di UK, Mitsubishi Eclipse Cross ditawarkan pada harga permulaan GBP 21,290 atau bersamaan RM 115,071.

Tidak dapat dipastikan bila atau sama ada Mitsubishi Motors Malaysia bakal memasarkan SUV ini. Biasanya harapan akan lebih cerah apabila ia dipasarkan di Thailand atau Indonesia.

*1 GBP = RM 5.40

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…
Berita Global
Sama seperti penawaran yang terdapat pada Outlander, Eclipse Cross Black Edition didatangkan dengan…
Berita Global
  Outlander PHEV generasi terdahulu dan model baharu yang dilancarkan pada Disember 2021 terjual…