Lebih 30 peratus juruterbang Pakistan miliki lesen palsu!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu pendedahan mengejutkan baru-baru ini, menteri di bahagian aviasi Pakistan mengesahkan lebih daripada 30 peratus juruterbang di Pakistan memiliki lesen penerbangan palsu dan tidak layak untuk mengendalikan kapal terbang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ghulam Sarwar Khan menyebut, sebanyak 262 orang juruterbang tidak mengambil ujian dan membayar pihak ketiga untuk menduduki peperiksaan yang diwajibkan, selain tidak memiliki pengalaman penerbangan.

Di Pakistan, terdapat kira-kira 860 orang juruterbang aktif yang berkhidmat di dalam syarikat penerbangan domestik - termasuk Pakistan International Airlines (PIA).

Menurut jurucakap PIA, "PIA mengakui isu lesen palsu ini bukan sahaja masalah PIA, akan tetapi ia melibatkan keseluruhan industri penerbangan Pakistan.

Dalam masa yang sama, PIA turut menghentikan tugas juruterbang yang memiliki lesen penerbangan palsu berkuat-kuasa serta merta.

 


Hasil siasatan yang diumumkan Rabu lalu merupakan sebahagian daripada laporan awal mengenai nahas kapal terbang yang membunuh 97 orang penumpang di selatan Karachi pada 22 Mei lalu.

Pesawat PIA terhempas selepas berlepas dari Lahore dan meragut kesemua nyawa penumpang kecuali dua penumpang dan anak kapal.

Menurut laporan itu lagi, ketika insiden berlaku kedua-dua juruterbang pesawat tersebut berkelahi berkenaan coronavirus dan tidak mengendahkan amaran daripada pusat kawalan trafik udara sebelum pesawat tersebut terhempas di kawasan kediaman berhampiran lapangan terbang.

"Juruterbang pesawat tersebut berbincang pasal coronavirus, dan tidak fokus," ujar Khan lagi serta menambah juruterbang tersebut terlalu yakin.

Menurut Khan lagi, juruterbang pesawat itu telah diberikan amaran sebanyak tiga kali berkenaan kedudukan pesawat yang terlalu tinggi dan mereka tidak seharusnya membuat percubaan untuk mendarat, namun mereka meneruskan percubaan tanpa menurunkan gear pendaratan.

Disebabkan itu, pesawat itu mendarat dengan permukaan landasan bersentuhan dengan enjin, mengakibatkan percikan api dan kerosakan yang tidak mampu diperbaiki.

Juruterbang itu kemudian cuba untuk menaikkan semula pesawat ke udara, namun kegagalan enjin berfungsi menyebabkan pesawat itu terhempas.

Sumber: CNN

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan itu dilihat oleh AFP hari ini, dimuat naik ke laman sesawang agensi berkenaan pada akhir…
Berita Global
  Situasi ini juga akan menjejaskan jadual penerbangan apabila lebih 5,000 juruterbang dijangka…
Berita Global
Menurut jurucakap PIA, Abdullah Hafeez mengesahkan pemberitahuan berhubung larangan tersebut.…