Lebih 20 kenderaan didakwa pancit akibat serpihan besi di LPT1

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Tular lebih 20 kenderaan tersadai di laluan Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dari Kuala Lumpur ke arah timur pada Selasa apabila mengalami tayar bocor didakwa akibat terkena serpihan besi yang bertaburan di atas jalan.

Dua keping gambar telah dimuat naik di halaman laman sosial Facebook 'i Love Pahang' pada pagi tadi menunjukkan besi pelbagai bentuk didakwa menjadi puncanya.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Berdasarkan maklumat diberikan, laluan yang terlibat dalam penemuan besi 'bracket' terbabit di antara Lancang dengan Temerloh.

Sementara itu, pengendali lebuh raya terbabit, ANIH Berhad turut memaklumkan bahawa terdapat banyak kenderaan yang mengalami tayar pancit di kawasan terbabit dan meminta semua pengguna untuk bersabar dan berhati-hati.

Perkongsian 'i Love Pahang' itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya apabila lebih daripada 800 pemilik akaun laman sosial itu meninggalkan pelbagai reaksi, termasuk tanda sedih manakala 135 di antaranya turut berkongsi hantaran terbabit.

Hampir 153 pengguna Facebook meninggalkan pelbagai komen, termasuk Gula Tawar yang memaklumkan dia turut menjadi mangsa dan turut memuat naik sekeping gambar.

 

Sinar Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Hasil siasatan polis mendapati sebuah lori treler membawa muatan besi yang dalam perjalanan dari…
Informasi
Menurutnya, aliran trafik dijangka meningkat secara berperingkat ke pantai timur bermula dari 5…
Berita Domestik
Beliau berkata kejadian terbabit didapati berlaku di KM 127 arah timur LPT 1 pada Ahad lepas dan…