Lebih 190 Stesen Minyak Petron tawar bantuan Bank Makanan

oleh Mohamad Hanif|
Petron Malaysia menerusi lebih 190 buah stesen minyaknya di seluruh negara kini menyediakan inisiatif Bank Makanan untuk membantu komuniti yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Inisiatif 'Jom Bantu Bank Makanan dan Meja Komuniti' ini mengambil inspirasi daripada mesej "Ambil Bila Perlu, Sumbang Jika Mampu", di mana ia bertujuan untuk memberi akses mudah keperluan asas kepada golongan yang memerlukan, selain memberi peluang kepada orang ramai untuk membantu sektor yang terkesan.

Menurut Choong Kum Choy, Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia berkata, "ini merupakan tahun kedua kami menjalankan program bank makanan di stesen minyak kami. Kami gembira untuk bekerjasama dengan pengusaha kami dalam membantu komuniti serta melaksakanan tanggungjawab korporat.
 

PETRON


Menurut Sukinah Zulkifli dari Petron Tol Sungai Besi Arah Selatan, mereka telah memulakan inisiatif Jom Bantu ini sejak 3 Julai dengan menyediakan barangan asas seperti beras, minyak masak, tepung, telur dan banyak lagi kepada mereka yang memerlukan.

Malah, pihak mereka turut menerima sumbangan daripada orang ramai yang menyokong program bank makanan ini.
 

PETRON


Selain daripada itu, Petron juga turut bekerjasama dengan pihak seperti KJP Healthcare (KPJ), serta Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Johor bagi menjayakan lagi program inisiatif bank makanan ini.

Mei lalu, Petron telah menganjurkan program sumbangan yang membolehkan ahli pemegang kad PMiles menderma mata ganjaran mereka kepada keluarga B40.
 

PETRON


Menerusi program sumbangan 'Petron MyKasih Jom Derma' sehingga 31 Ogos ini, setiap mata ganjaran akan ditukar kepada nilai matawang dan diserahkan kepada Yayasan MyKasih.

Program ini membolehkan keluarga B40 membeli bahan makanan dan barang keperluan lain dari lebih 250 kedai runcit termasuk Mydin, Tesco, Giant, Econsave, The Store, Aeon, 99 Speedmart dan TF Value Mart.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat PROLINTAS, Dato' Mohammad Azlan Abdullah berkata…