PROLINTAS mulakan inisiatif bank makanan di lebuh raya seliaannya

oleh Mohamad Hanif|
Kumpulan Syarikat PROLINTAS baru-baru ini mengambil inisiatif mewujudkan bank makanan di kesemua empat jajaran lebuh raya seliaannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat PROLINTAS, Dato' Mohammad Azlan Abdullah berkata, inisiatif ini dijalankan secara kolektif oleh syarikat dan kakitangan dengan kutipan dana berjumlah hampir RM100,000.

"Dana yang dikumpul ini digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti minyak masak, beras, tepung, susu, gula dan sardin.

"Kesemua barangan keperluan ini ditempatkan di beberapa lokasi strategik lebuh raya bermula Isnin, 12 Julai 2021 di Hentian Sebelah Plaza Tol Sungai Balak, Lebuhraya Kajang SILK.

"Orang awam yang memerlukan bantuan dialu-alukan untuk datang dan mengambil barang tersebut," ujar beliau.

 

 


Selain di Lebuhraya SILK, inisiatif tersebut akan diperluaskan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-KL (AKLEH), Lebuhraya Koridur Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

Sebelum ini, PROLINTAS telah mengedarkan 300 kampit beras, 300 botol minyak masak serta beberapa makanan asas kepada penduduk Kampung Sungai Penchala yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Inisiatif 'Jom Bantu Bank Makanan dan Meja Komuniti' ini mengambil inspirasi daripada mesej "Ambil…