Lebih 15,000 kenderaan atas jalan negara ialah varian elektrik atau xEV

oleh HEZERI SAMSURI|
Malaysia mempunyai lebih dari 15,000 unit kenderaan xEV berdaftar di jalanrayanya sejak tahun 2022.

Menurut Pengerusi MARii, Datuk Phang Ah Tong, jumlah itu adalah untuk kenderaan genre xEV, yang termasuk kenderaan BEV (Battery Electric Vehicle). hibrid dan plug-in hibrid.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau mensasarkan menjelang tahun 2030, lebih kurang 100,000 unit kenderaan baharu yang dijual setahun adalah dari kenderaan xEV.

Buat masa sekarang, negara mempunyai 900 poin pengecaj EV dan jumlah itu bakal meningkat kepada 10,000 poin menjelang 2025, seperti apa yang dirancangkan dalam Rangka Tindakan Mobiliti Rendah Karbon negara. 

Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim juga mengumumkan bahawa Malaysia akan meningkatkan penghasilan tenaga elektrik dari sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui melalui Pelan Pembangunan Penjanaan Pembekalan Elektrik 2021-2039.

Perancangan itu akan memperkukuhkan lagi grid bekalan elektrik untuk mewujudkan ekosistem EV yang lebih maju.

Perodua juga diberitakan dalam usaha untuk menghasilkan kenderaan EV mereka sendiri, tanpa bantuan dari rakan kongsi Jepun mereka.

Menurut informasi dari sumber Careta, Perodua dikatakan bekerjasama dengan syarikat-syarikat pembuatan komponen tempatan dan juga penghasil komponen automotif luar negara.

"Sasaran Perodua ialah untuk menghasilkan kenderaan EV mampu milik bagi negara dan kemungkinan rantau Asean," ujar sumber Careta itu lagi.

EV adalah satu cabaran yang besar untuk industri automotif kerana pembinaannya lebih ringkas dan jumlah komponen yang jauh lebih rendah.

Sesiapa yang mempunyai teknologi bateri, motor elektrik serta sistem pengawasan bateri sudah cukup untuk menghasilkan sebuah EV. Ini bermakna lebih ramai syarikat bukan automotif mampu masuk ke pasaran tersebut.

Sekiranya Malaysia atau Asean mahu menerajui industri EV, perlu ada sekatan dari segi teknologi dan komponen kerana jika tidak, pasaran ini akan dibanjiri oleh syarikat asing sahaja.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…