Lapar, rindu nak beraya, 57 mat rempit akhirnya serah diri

oleh Mohamad Hanif|
Setelah enam jam bersembunyi, 57 orang mat rempit akhirnya menyerah diri kepada polis di kebun kelapa sawit KM7, Jalan Kulai-Kota Tinggi, Kulai semalam.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kesemua penunggang motosikal yang terdiri daripada lelaki tempatan berusia 17 hingga 42 tahun itu bersembunyi di dalam kebun berkenaan sejak 3 pagi Sabtu.

Beliau berkata bagaimanapun seramai dua pegawai dan 13 anggota Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) yang terlibat dalam operasi itu bertindak mengepung kawasan terbabit.

“Semasa operasi dijalankan, mat rempit ini bersembunyi di dalam kawasan kebun kelapa sawit dan cuba keluar melalui jalan tikus tetapi dikepung oleh pihak polis.

“Akhirnya pada 9 pagi, seorang demi seorang menyerah diri kerana buntu dan tidak tahan dengan keadaan dalam kebun sawit yang panas, ditambah ada yang menyatakan lapar dan rindu juadah hari raya pertama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan itu, sebanyak 140 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu dan perlindungan insurans, lesen tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, ubah suai ekzos serta tidak memakai topi keledar.

Tok berkata sebanyak 39 motosikal turut disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami ingin menarik perhatian penduduk yang berkaitan dengan isu mat rempit, terutamanya di…
Berita Domestik
“Dalam pada itu, sebanyak 195 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.” katanya dalam…
Berita Domestik
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian kemalangan itu berlaku pada jam 10.36 malam…