Langgar lari rider penghantar makanan, pemandu Wira diburu

oleh Penyumbang Rencana 2|
Pihak polis sedang mengesan pemandu kereta jenis Proton Wira selepas dipercayai terlibat dalam insiden langgar lari di Jalan Sutera Tanjung, Taman Sutera Utama, Skudai di sini semalam.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Berdasarkan laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku pada jam 8 malam di mana suspek dikatakan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal seorang penghantar makanan yang berhenti di persimpangan tersebut. 

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, kejadian itu dikesan selepas sebuah video berdurasi 45 saat tular di Facebook.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


“Pemandu lelaki itu kemudian melarikan diri dengan memandu secara melulu dan melawan arus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Fariz berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal cedera pada belakang badan. Siasatan mendapati kereta dipandu suspek dilaporkan hilang di Pelangi Indah pada Ahad lalu.

Kereta Proton Wira itu kemudiannya ditemui pada pukul 10 pagi hari ini selepas ditinggalkan suspek di tepi Jalan Persiaran Scientex Utama, Senai.

“Polis sedang mengesan pemandu kereta tersebut untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kita telah menerima laporan daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam kemalangan itu. Kes…
Berita Domestik
  Terdahulu, suspek yang bergari dilihat tiba di mahkamah pada 9 pagi dengan diiringi polis…
Informasi
  Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pemandu kereta itu…