Land Rover tawar peluang terbang ke angkasa dengan Virgin Galactic

oleh Mohamad Hanif|
Land Rover dengan kerjasama Virgin Galactic menawarkan peluang sekali seumur hidup menerusi promosi yang dinamakan sebagai Adventure of a Lifetime.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi promosi terbaharu ini, mana-mana pembeli model Land Rover baharu berpeluang untuk terbang ke angkasa dengan menaiki penerbangan Virgin Galactic.

Namun, syarat-syarat yang dikenakan cukup ketat, di mana pemohon perlulah berusia 18 tahun dan ke atas, dan merupakan penduduk sah di 50 buah negeri Amerika Syarikat, atau District of Columbia kecuali States of Ohio dan Virginia.
 

Virgin Galactic


Pendaftaran perlu dibuat menerusi laman web khas di mana pemohon perlu mengisi butiran peribadi termasuklah lapan digit akhir VIN (nombor pendaftaran kenderaan) Land Rover masing-masing.

Hadiah utama berupa penerbangan pergi dan balik ke angkasa lepas dengan Virgin Galactic yang turut merangkumi lima hari yang diperuntukkan untuk latihan dan aktiviti promosi.

Ada berani? Ada duit?

Berita Berkenaan

Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…
Berita Global
  Walaupun terbuka, Okavango mempunyai bumbung atas boleh alih yang melindungi kabin dengan…
Berita Global
  Land Rover Series IIA dikeluarkan dari 1961 hingga 1971 dan satu daripada 'Len Roba' yang…