Land Rover lancar Range Rover Sport generasi baharu

oleh Mohamad Hanif|
Crossover mewah saiz pertengahan Range Rover Sport kini sudah pun memasuki generasi ketiga, di mana ia kini membawakan penampilan serba baharu yang lebih ringkas namun masih lagi kekal dengan identiti sebuah Range Rover.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Ia berkongsi platform yang sama dengan model Range Rover 2022, iaitu pelantar MLA-Flex, dengan membawakan persamaan ciri seperti sistem stereng untuk semua roda (untuk varian tertentu), serta sistem suspensi udara dinamik secara standard untuk kesemua varian.

Selain itu, ia juga turut menampilkan rekaan pemegang pintu tertanam, reka bentuk muka depan dan belakang yang ringkas, serta unit lampu nyalaan siang LED yang paling nipis.

Disebabkan rekaan yang ringkas itu, Range Rover Sport mempunyai angka pekali seretan serendah 0.29 sahaja.
 

Sport


Dari segi kuasa, Range Rover Sport boleh didapati dengan dua pilihan enjin, iaitu enjin enam silinder sebaris 3.0 liter dengan teknologi hibrid ringkas dan plug-in hybrid, diikuti pilihan enjin V8 yang lebih berkuasa.

Versi hibrid ringkas mampu menjana kuasa setinggi 355 hp dan daya kilas 500 Nm, sementara varian SE Dynamic pula tampil dengan talaan yang lebih tinggi, 395 hp dan daya kilas 550 Nm.
 

Range Rover Sport


Versi plug-in hybrid Autobiography pula mampu menjana kuasa setinggi 434 hp dan 839 Nm terima kasih kepada pek bateri 31.8 kWh dan motor elektrik 141 hp, dan jarak operasi elektrik sejauh 77 km tanpa memerlukan setitik minyak.

Manakala varian paling berkuasa P530 First Edition pula mampu menjana kuasa setinggi 523 hp dan daya kilas 750 Nm, serta pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.3 saat apabila mod Dynamic Launch diaktifkan.

Varian First Edition ini turut mendapat Stormer Handling Package yang merangkumi sistem Dynamic Response Pro, sistem stereng semua roda, dan differential aktif elektronik.

Kesemua varian dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda.
 

Range Rover Sport


Susun atur ruang kabin Range Rover Sport 2023 pula membawakan persamaan dengan model Range Rover, di mana ia dilengkapi dengan skrin Interactive Driver Display 13.7 inci, skrin infotainmen Pivi Pro 13.1 inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar, pengecasan peranti pintar nirwayar 15 watt, serta sistem audio Meridian Signature Sound System dengan 29 pembesar suara.

Ia turut menampilkan senibina Electrical Vehicle Architecture 2.0 di mana kesemua 63 modul elektronik boleh dikemaskini secara over-the-air.

Harga jualan Range Rover Sport 2023 bermula dari $84,350 (RM369,495) sementara versi First Edition pula berharga $122,580 (RM536,961).

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pelanggan turut menerima bantuan dari Classic Works di Conventry, United Kingdom dan Essen,…
Berita Global
  Land Rover Defender seperti kenderaan wajib buat individu terkenal. Terbaru, pemandu Formula 1…
Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…