Land Rover Defender baharu - versi jarak roda pendek dikesan sedang diuji

oleh Mohamad Hanif|
Sepertimana generasi terdahulu Land Rover Defender, generasi terkini Defender juga bakal ditawarkan dalam dua konfigurasi iaitu jarak roda yang pendek dan panjang (short and long-wheelbase).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beberapa bulan yang sudah, kita melihat sebuah SUV yang penuh dengan pelekat samaran dan juga tagar  khusus (hashtag) #BEST4X4XFAR sedang diuji dan ia disahkan sebagai model pengganti bagi Defender yang akan dilancarkan pada tahun 2020.
 


Kini, sebuah Land Rover Defender dengan jarak roda yang pendek telah dikesan memakai rekaan badan berkotak, dan masih menyembunyikan identiti sebenar dengan pelekat samaran. 

Walaupun tampil dengan imej kekotakan, rekaan tersebut telah diperhalusi bagi memberikan efek aerodinamik yang lebih berkesan, terutama ketika di atas jalan raya. 

Selain daripada sistem suspensi bebas sepenuhnya yang dilihat pada model Land Rover Defender long-wheelbase pada bulan yang lalu, Jaguar Land Rover masih merahsiakan info nadi kuasa yang bakal dimuatkan ke dalam Defender baharu ini. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…
Berita Global
  Walaupun terbuka, Okavango mempunyai bumbung atas boleh alih yang melindungi kabin dengan…
Berita Global
  Land Rover Series IIA dikeluarkan dari 1961 hingga 1971 dan satu daripada 'Len Roba' yang…